Sunday, October 16, 2011

Kawan boleh datang, dan kawan juga boleh pergi...

"Kawan datang & Kawan Pergi..."

Gua rasa lu orang juga pernah dengar ayat ni...mungkin lu orang juga pernah rasa nikmat berkawan dan juga perasaan bila kawan atau member pergi meninggalkan lu orang, sama ada meninggal dunia, pindah ke planet lain atau beralih ke arah yang berlainan dari lu orang...

Mesti lu orang ada atau pernah ada member yang kamceng giler & yang teramat brotherhood dalam hidup lu orang, sehingga lu orang dah anggap member lu tu macam adik beradik. Member yang memang lu percaya kaw-kaw untuk cerita every kraf-singles thing pasal diri lu, hari-hari lu orang yang kadangkala indah dan macam sampah, dan berkongsi minat yang sama. Mungkin juga pernah bergaduh dengan orang lain untuk member lu...kena marah, kena pukul, kena tangkap...semua pun untuk member lu...

Cerita punya cerita, teringat gua pasal member-member yang pernah kamceng dengan gua...Masa gua sekolah, gua ada member kamceng...namanya Hafiz. Hafiz & gua ni ibarat macam kembar siam di sekolah. Siap satu kelas lagi... so, mana saja gua pergi mesti ada Hafiz. Selalunya orang akan bertanya kalau salah sorang takde, sebagai contoh, "Mana Hafiz?"....(cis, itu je soalan yang gua ingat...haramis betul!). Selaku member kamceng, Hafiz adalah peneman gua di sekolah, ponteng sekolah, ponteng tuisyen, main game kat kompleks Yik Foong, lari sembahyang jumaat dan bermacam-macam lagi benda yang 'sesetengah' budak sekolah buat...hehehe. Gua pun tak pasti sapa yang start ajar sapa buat benda-benda jahat ni semua tapi itu adalah lumrah kerana kami juga ingin jadi budak jahat seperti budak-budak jahat yang lain. Hafiz ajar gua ponteng sekolah dengan motor honda EX-5 pemberian bapak beliau. Huh, acara paling epic adalah ponteng sebaik saja lepas perhimpunan sekolah...motor dah standby luar pagar depan sekolah Anderson...siap kena kejar dengan pengawas sekolah yang gemuk sebab tak ponteng sekolah (Ponteng = kena kejar...kena kejar = lari...lari = bersenam) hahahaha! Nasib saja baik sebab gua tak pernah kantoi bab ponteng sekolah kerana attendance semua dah signed masa perhimpunan...kalau tak mati gua nak menjawab dekat parent gua...heheh! Jahat tak?

Akhirnya gua insaf juga selepas lagi 2bulan nak SPM. Mengenangkan result gua yang fail 5 mata pelajaran menyebabkan gua stop sekejap dari benda-benda macam ni...mungkin tak berkat kot sebab gua selalu tipu mak gua. Di sekolah tak boleh belajar, di rumah pun tak boleh belajar so, gua amik keputusan untuk pergi library...Hafiz tak mau ikut gua pergi library masa tu so gua pergi sorang...kira terpisah jugak la gua masa tu. Just a short hiatus, lepas je SPM & tunggu result gua & Hafiz kamceng balik..mengular sama-sama macam biasa sebab sekolah dah habis. Hehehehe.

Akhirnya selepas dapat result, gua dan Hafiz berpecah. Gua terpaksa masuk Uitm, and Hafiz pulak dapat masuk kolej lain. Gua tak lost contact, gua still kawan sama Hafiz just jarak & masa yang tak sama jadikan gua & member kamceng gua tak lagi sekamceng dulu...Kadang-kadang bila gua balik Ipoh, hafiz tak balik...begitu juga la sebaliknya. Percaya tak, everytime gua balik Ipoh, gua mesti spend time untuk lalu di kawasan-kawasan ni: Sekolah Anderson, Laluan ponteng sekolah kat Taman DR, Cyber Cafe kat Taman Chempaka, Pusat Video Game & Makan Meggi kat kompleks Yik Foong, Bowling kat Ipoh Parade, Jusco, Vegas, Mamak Salam, dan Char kuey tiaw kat Dataran Ipoh. Walaupun keadaan dah sedikit berubah di Ipoh, tapi gua masih lagi boleh tersenyum bila mengenangkan zaman-zaman gua & member kamceng gua, Hafiz. :)

Di Uitm pun gua ada member kamceng juga...namanya Kechik (nama asalnya pun Hafiz). Yang ni pun ketegori kamceng ya amat. Zaman university adalah zaman kita beralih arah dari remaja sekolah ke remaja yang dewasa sikit dari bermacam segi...hehe! Jadi, dari segi duit, cara berpakaian dan cara membuat jahat semuanya bertukar pada diri gua. Gua & Kechik memang rapat sebab kechik adalah roomate gua sejak dari Uitm arau, Puncak Perdana dan sampailah kat Shah Alam. Kechik juga gua dah anggap macam adik beradik gua. Ke sana sini, pergi merayau, menapak jauh-jauh, ponteng kelas, ponteng puasa, kongsi duit, kongsi makan, kongsi baju, kongsi basuh baju, kongsi komputer, kongsi rokok dan berbagai lagi jenis kongsi semuanya boleh dikatakan sekali. Hehehe.

Pengalaman paling kelakar yang gua ingat adalah masa gua dengan kechik lari dari di kejar pak guard Uitm...Hmm, masa tu gua & kechik sama-sama tengah membela rambut panjang dan cuba untuk menyelamatkan diri dari tertangkap kerana student lelaki Uitm tak boleh bela rambut panjang (macam gampang punya rules...) Oleh kerana kerap di 'usha' oleh pak guard, staff, MPP & lecturer yang skema ya amat...kami insaf & bercadang untuk potong 'sikit' rambut tu. Setelah berbincang dengan rapi maka keluarlah gua & kechik di hari kejadian...melalui lorong-lorong yang tenang yakni tanpa adanya pak guard di situ sehinggalah ke bus stop (final check point sebelum naik bas). Lagi berberapa meter untuk sampai ke bus stop, gua ternampak seorang pak guard Arau lalu naik moto sambil meng'usha' tajam ke arah gua & kechik. Gua dah cuak & akhirnya tanpa berfikir panjang gua terus ambil peluang lari! Kechik juga lari tapi agak perlahan sedikit (disebabkan beliau pakai Yellow Boot Timberland) dibelakang gua...kesian kechik. Seperti ingin menangkap penjenayah juvana lain di Uitm, pak guard itu mengejar gua & kechik dengan penuh bersemangat (macam dalam Gerak Khas), siap dengan siren Gaban milik beliau serta walkie talkie menyeru rakan Guard yang lain (Power rangers Hijau, Biru, Kuning & Pink) untuk datang menolong.

Lari punya lari punya lari menyusuri kelas-kelas dan tandas...akhirnya gua surrender. Begitu juga kechik...Gua keletihan dan terus terduduk di tepi jalan menunggu pak guard itu datang nak tangkap gua & kechik...Tapi seperti biasa, Tuhan sentiasa membantu insan yang ingin berubah...lalu Auta (idea menipu) datang sebaik saja pak guard itu mendekati gua...

Pak guard: Hang lari kenapa? Hang nak pi mana?

Gua: Eh? Mana ada saya lari bang?

Pak guard: Hang jangan tipu, aku nampak hang lari tadi? Ni apa ada dalam beg tu? mai sini tengok? hang bawak dadah ka apa ni?

Gua: Eh! mana ada...tadi dia kejar saya...sebab saya siram dia dengan air botol... (terus gua tunjuk botol air mineral dalam beg gua) Sebelum ni dia siram saya kat cafe dengan air panas...nak tengok beg tengoklah...mana ada apa pun...

Pak guard tak puas hati & check beg gua...dan macam biasa...pak guard mesti nak cari salah orang punya...

Pak guard: Haa, tu rambut tu...panjang pasai apa? Mana buleh rambut panjang macam ni!

Gua & Kechik: Kami nak potong rambut la ni encik. Tahu dah rambut panjang...sebab tu nak potong...

Pak guard: Aku tak percaya hangpa berdua ni...sekarang hang ikut aku pegi Bahagian Keselamatan...jumpa chief...

Gua pun pergilah ke Bahagian Keselamatan tu...jumpa itu bos besar. Bos besar tak ada apa pun...siap gelak lagi masa tanya kenapa gua & kechik lari...Hahaha! Tapi gua & kechik still kena potong rambut sebab kad matrix dia pegang...lepas potong baru boleh ambil kad tu...sadis...

Teringat lagi kata-kata chief pak guard tu:

Chief Pak guard: Lain kali jangan main lari-lari dalam ITM ni naa..

HAHAHAHAHAHAHAHAH!!!


Begitulah cerita gua & member-member kamceng gua. Gua ramai member, tapi paling bermakna buat gua adalah 2 orang ini. Orang yang sedikit sebanyak mengubah & menceriakan zaman remaja gua. Masa merubah kita...dan itu gua terpaksa akur. Gua dah jarang jumpa diorang disebabkan perbezaan tempat tinggal, kerja dan masa...Kadang-kadang gua rasa bersalah juga sebab gua jarang call tanya khabar, sumtimes gua busy sampai terpaksa ignore call dari diorang, kadang-kadang gua datang tempat yang berdekatan dengan diorang tapi gua tak roger dan banyak lagi sebab yang susah gua nak jelaskan dekat sini...

Gua sedih juga melihat member yang dulunya kamceng giler dengan gua kini tidak lagi memperdulikan gua...sehinggakan lepak juga tidak mahu menjemput gua. Mungkin beranggapan gua selalu busy..tak mengapa kerana itu memang salah gua. Tapi apa yang sedang berlaku ini kadang-kala membuat lidah gua kelu untuk bercerita tentang apa-apa. Gua tak tahu apa-apa yang lu orang ceritakan...apa yang lu orang plan, semua gua tak tahu...dan akhirnya gua diam & hanya ketawa sesekali terdengar lawak. Gua mintak maaf sebab gua terasa ada VIBE yang asing, VIBE yang gua tak tahu apa, membuatkan gua rasa jauh apabila lepak dengan lu orang...macam gua baru je kenal lu orang. Tapi jauh disudut hati gua...gua still mengharapkan suasana yang gila-gila macam dulu...bersama diorang...Tapi apakan daya, gaya hidup menjadikan gua sibuk, tak ada masa untuk member-member...

Maafkan gua...gua sama macam dulu, cuma gua tak ada masa seperti dulu...

Kawan ni tak selamanya dengan kita...kawan boleh datang, dan kawan juga boleh pergi...

Wednesday, October 5, 2011

Loan Shark dari Kuwait

Gua ada sorang member lama...nama dia Pak Long...

Nak kata rapat taklah rapat pun, sebab gua rasa dah lebih 7 tahun gua tak jumpa pak long ni. Last sekali gua nampak muka dia pun masa diploma dekat UiTM Puncak Perdana semasa zaman pemerintahan Ibrahim Abu Shah (abang misai) tu. Masa tu, Puncak Perdana masih lagi hijau, berhutan sana-sini & ada la dua tiga bijik kedai koboi yang menjual makanan untuk budak-budak puncak perdana yang sangap adanya.

Jadi, selepas gua habis diploma (takdenya 3 pointer pun), gua pindah Shah Alam dan lepas tu gua memang tak nampak la muka si Pak Long ni. Nak call? Buang karan gua call Pak Long apahal?!! Sapa lu Pak Long?? Heheh...pergi jahanam!

Masa berlalu...berlalu dan lalu lagi sehinggalah zaman Mark Elliot Zuckerberg mencipta facebook @ FB @ Fesbuk bak kata budak-budak indie yang stylo & minat pada fotografi dengan tambahan lighting di sana sini. Begitu jugalah dengan orang-orang yang nak berniaga secara online ni( termasuk gua), berniaga macam-macam kat sini. Contohnya, buat bisnez fotografi, jual kain, jual kuih, jual jam, jual beg & juga jual orang dengan promosi harga pecah amanah. Memang sesak facebook sekarang nih...

Terbaru, gua ada nampak orang bank buat iklan pasal Personal Loan pulak...macam biasa, gua memang tak perasan juga siapa yang hantar message & post pasal loan ni, so gua delete je...cukup untuk settlekan masalah gua pada hari itu.

Gua ingat dah settle...tapi macam biasalah, orang yang sent benda-benda macam ni takkan give up dengan kita walaupun dah direject berkali kali. Nak jadikan cerita, dua minggu lepas gua ada post gambar-gambar gua masa outing di perlis...sedang menelek-nelek komen-komen pada gambar tetiba gua ternampak satu komen yang datangnya dari orang yang tak pernah ada dalam komen list gua. Komen tu dari Pak Long tadi...Hmm, yang gua hairan bin ajaib, Pak Long ni rajin pulak sampai banyak gambar gua dia komen. Hmm, macam biasa jugak...gua masih buat bodoh & tak balas komen tu...ada ke patut dia cakap gua dah gemuk? hehe

Lepas 2 hari, gua buka semula facebook, gua pergi tengok itu notification dan gua nampak personal/private message dari Pak Long...

Pak long tulis dalam PM beliau:

XXXX .... nanti nak buat loan kahwin roger paklong na. PNB tersenarai dalam GLC malaysia. Paklong jaga loan under Kuwait Finance House. okies? buhbye :):)

What the fuck are you talking 'Roundbout'??

Gua terdiam lalu terfikir...

Mungkin 'KOMEN GAMBAR SECARA PUKAL' ni teknik terbaru mereka untuk mendekati/mendapatkan client...

Semangat anak muda melayu macam gini memang kita mahukan...tapi tak perlu buat-buat layan & komen gambar orang banyak-banyak untuk memberitahu kewujudan anda. Sebelum ni ader lu nak message, call gua...walaupun lu ada dalam friendlist gua? Hahaha...amik!

Dunia...dunia...

-gua-

Thursday, September 29, 2011

Mak...





Inilah mak gua...Junaidah Binti Haji Abdul Rani. Mak gua yang paling gua sayang dalam dunia (sapa tak sayang mak dia kan?) Dalam banyak-banyak gua tangkap gambar, sesekali gua terfikir kenapa gua tak pernah ambil gambar pasal mak gua...Hmm, orang yang selama ni banyak mengajar gua erti susah & senang untuk jadi manusia dalam hidup ni. Teringat gua masa kecik-kecik, gua lah yang paling rapat sekali dengan mak. Nenek pernah bagitahu dulu masa kecik, celik mata je gua dah mula cari mak gua...mak hilang je gua terus menangis,kuat ya amat...Mak gua sampai tolak kereta jauh sikit dari rumah nenek before start enjin, sebab takut gua dengar dia nak pegi kerja...Hahah!

Masa kecik sampai la habis sekolah, hidup gua memang dengan family di pekan Ipoh & gua memang rapat dengan orang tua gua, lebih-lebih lagi mak. Gua lah yang selalu teman mak ke mana saja mak pegi, dari jalan kaki, naik bas, teksi sampai la gua dah ada lesen racing, gua akan bawa mak. Jangan terkejut, gua memang tag team dengan mak gua kalau pergi pasar kat Super Kinta tu. Lepas habis SPM, gua dengan rasminya jadi driver untuk mak gua, pegi hantar & jemput dia pegi kerja (mak gua cikgu sekolah). Petang pulak, gua teman mak pergi mengajar kelas Tuisyen, tapi mak cakap gua tak boleh jadi cikgu, sebab gua ni selalu buat lawak & budak-budak tak jadi belajar (betul cakap mak, gua sekarang keje jadi Graphic Artist) Petang habis tuisyen, gua teman mak beli makan malam atau lepak makan dekat Restoran Sabar Menanti (masa tu dekat Railway) takpun di Greentown & bila dah sampai di rumah baru la ada masa pulak untuk member2. Member pun tak kacau gua sampai malam sebab diorang tahu gua takkan layan. Masa siang gua hanya untuk family... :)

Sampailah gua dapat masuk U, gua dah mula jauh dari mak gua...Mak pun tak selalu call, mungkin nak gua belajar hidup sendiri & belajar jadi orang. Macam-macam jadi dekat gua..baik...jahat...suma pun jadi. Perubahan pada diri gua memang ketara masa gua dah jauh. Bila balik kampung pun, gua tak lekat rumah. Mostly banyak masa pun dengan member-member. Kadang-kadang, dalam 3 hari gua balik...sekali je gua dapat borak & makan dengan mak. Kesian juga dekat mak, tapi mungkin masa tu gua tak fikir apa...gua fikir enjoy...

Manusia makin lama makin berubah...Sama la juga dengan gua. Satu malam (masa ni gua tengah sambung Degree kat Shah Alam), mak sakit...Sakit yang memang pelik, keracunan hati...Mak tak berapa sihat, mata...kulit suma jadi warna kuning...& buat pertama kali gua terdiam & menangis setelah lebih 10 tahun gua simpan air mata gua. Terus terang gua cakap, takde siapa yang boleh buat gua menangis kecuali mak...Walaupun orang maki, kutuk, ejek & pukul gua sampai lunyai...air mata ni memang takkan keluar kecuali kata-kata dari mak or something that related to her. Selepas hari tu, gua betul-betul berubah. Gua janji pada diri sendiri yang masa sudah sampai untuk gua fikir & jaga family...lebih-lebih lagi mak. Sesibuk mana pun gua, mak & family are first. Gua mau berubah & gua sayang mak...

Alhamdulilah, mak akhirnya sihat & gua rasa betul-betul bersyukur. Mungkin kalau tak jadi semua ni, gua still lagi manusia yang sama..lalai & lupa pada tanggungjawab gua. Walaupun sekarang sudah bekerja, gua akan cuba sedaya upaya untuk pulang ke kampung, menjenguk mak, abah & family. Kadang-kadang mak pelik juga , kenapa gua tak selalu keluar rumah dan jumpa member-member kampung bila gua balik. Gua just cakap gua letih nak keluar...tapi jauh disudut hati, biarlah gua habiskan cuti yang singkat ni dengan mak & family...

Sebab gua tahu, susah & senang...family tetap ada bersama gua...

Mak, maafkan segala dosa-dosa, halalkan makan minum & terima kasih sebab jadikan gua orang yang berguna...

Ikhlas,
-Gua-

p/s: Minggu ni mau balik kampung...nak hang out with parents, baru cool!




Khairul & Farah...












Selamat Pengantin Baru :)

pictures from: Just Like Wedding Photography


Teluk Anson





Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya



Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)


Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir & Batin

Ikhlas: Gua

Wednesday, August 24, 2011

Chopper



Testing through my new lensbaby MUSE :)